fbpx
Pemain Selangor, Faisal Halim meraikan jaringan ketika menentang Tampines Rovers pada perlawanan Kejuaraan Kelab Asean (ACC), di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

ACC: Selangor FC kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad Selangor FC berjaya menamatkan badi kekalahan selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas wakil Singapura, Tampines Rovers pada aksi Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Katsuhito Kinoshi itu dilihat berada dalam keadaan tertekan setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Namun, tekanan tersebut berjaya diketepikan selepas meraih gol seawal minit ke-18 selepas rembatan Faisal Halim ditampan pertahanan lawan, Shuya Yamashita ke gawang sendiri.

Momentum tersebut diteruskan apabila pemain kelahiran England, Zach Clough meledak gol kedua pada minit ke-30 selepas menerima hantaran Chrigor Moraes.

Tersentak dengan gol tersebut, Tampines Rovers berjaya merapatkan kedudukan apabila Koya Kazama menyempurnakan sepakan penalti sebelum babak pertama berakhir.

Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor makin rancak untuk menambah gol dan kini giliran Faisal mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-51 disusuli penyudah Alvin Fortes (m-58) untuk memastikan tuan rumah selesa dengan kedudukan 4-1.

Bagaimanapun, benteng pertahanan skuad Merah Kuning diuji sekali lagi apabila dibolosi buat kali kedua oleh Hide Higashikawa tetapi keputusan 4-2 kekal hingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI