fbpx
34 delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF dalam keadaan selamat dan bersiap-siaga penuh susulan serangan dron semalam.

34 delegasi Malaysia selamat, 12 letupan udara berdekatan konvoi GSF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 dron yang tidak dikenal pasti dilaporkan berlegar rendah setiap 10 minit di ruang udara mengekori rombongan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam pelayaran menuju Gaza.

Ketua Pengarah dan Jurucakap Rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Center, Datuk Dr. Sani Araby berkata, pada masa sama, berlaku 12 letupan udara dilaporkan oleh delegasi yang mana ia dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap misi ini.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan, seramai 34 delegasi Malaysia yang menyertai misi ini kekal dalam keadaan selamat dan bersiap-siaga penuh.

“Flotilla kemanusiaan kita sekali lagi diuji di Laut Mediterranean. Tindakan itu jelas satu cubaan intimidasi dan operasi risikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kapal GSF kini berada di zon kelabu perairan Greece iaitu sekitar 750 batu nautika dari Gaza dan belum memasuki Zon Kuning atau Merah.

“Gangguan ini adalah kali ke-4 sejak kumpulan misi ini berlayar di Lautan Mediterranean dan diyakini sebagai usaha untuk menakutkan serta mengugut.

“Misi ini adalah Misi Kemanusiaan bukan keganasan untuk menghantar bantuan serta mendesak perang serta kebuluran dihentikan.

“Kami mendesak kepimpinan serta pendokong dalam negara dan dunia segera mendesak dan melakukan sesuatu atas provokasi kepada kumpulan aktivis kemanusiaan yang merupakan orang awam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI