PETALING JAYA – Pertikaian seorang lelaki tentang kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi Budi Madani RON95 mengundang ‘padah’ apabila dia dikecam hebat orang ramai.
Individu berkenaan cuba mempersoalkan apakah kuota bulanan berkenaan mencukupi kerana ada individu yang terpaksa berulak-alik 50 kilometer dari rumah ke tempat kerja, setiap hari.
“Bagaimana jika tinggal di Kuala Lumpur tetapi kampung di Kedah yang perlu berulang-alik balik ke kampung sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan? Contoh, ziarah ibu bapa yang tidak sihat.
“Bagaimana pula yang bekerja, tetapi memerlukan mereka ‘travel’ merata tempat? Contoh, kerja servis industri.
“Nampaknya banyak kelompongan isu had petrol ni. Kerajaan tak habis ‘study’ ke sebelum buat keputusan beri 300 liter limit je?” katanya di media sosial.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengecam lelaki berkenaan.
“300 liter cukup bang, bukan 300km sebulan,” kata seorang pengguna.
“Kau pandu 1km guna 1 liter petrol ke? Kereta apa kau pakai,” soal @Lamwauzal.
“Sebelum ni tak turun minyak, sampai juga ke pejabat. Dapat juga ziarah ibu bapa dekat kampung. Dah bagi subsidi, tiba-tiba rasa tak cukup dan tak mampu pula ya. Mengadanya,” komen @Zurabaizura. – KOSMO! ONLINE