fbpx
Tangkap layar wanita bertelagah dengan penjual Vietnam di pasar.

[VIDEO] Wanita Gua Musang ‘sound’ peniaga anggur tipu timbangan di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita dari Gua Musang mendapat pujian ramai apabila berani bertengkar dengan penjual anggur di sebuah pasar di Vietnam selepas mendakwa peniaga terbabit menipu.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, pemilik akaun @ifanazirahnawi meluahkan rasa tidak puas hati apabila penjual terbabit menimbang buah bersama bakul sehingga menyebabkan harga menjadi lebih mahal daripada sepatutnya.

Situasi itu mencetuskan kekecohan apabila dia lantang menegur dan menuntut kembali wang yang diberikan.

Aksi berani pembeli menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan pelbagai reaksi.

“Baru dia tau perempuan Malaysia macam mana, hahaha puas hati aku tengok,” komen @airaxaraa

“Semoga saya pun ada keberanian macam akak ni. Kita ‘people pleaser’, kena tipu pun mungkin marah lepas beli saja,” kata ika.

“Hebat akak ni, nanti nak pergi travel kena ajak akak ni la,” komen @jrcoach_anees – KOSMO! ONLINE

@ifanazirahnawiHati2 g Vietnam. Kaki kencing bersepah

♬ original sound – Ifa nazirah nawi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN