fbpx
Pasukan APM berjaya menyelamatan dua remaja yang hampir lemas di Pantai Bayu Senja, Batu Ferringhi, hari ini.

[VIDEO] Dua remaja nyaris lemas ketika ambil bola di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kegembiraan sekumpulan remaja bermain di Pantai Bayu Senja di Batu Ferringhi di sini akhirnya mengundang detik cemas apabila dua daripada mereka dikatakan hampir lemas di pantai itu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 13 dan 18 tahun tersebut dipercayai turun ke laut untuk mengambil bola sebelum dihanyutkan arus deras.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, kebetulan ketika itu anggota pasukan baywatch (penyelamat pantai) sedang menjalani latihan berhampiran lokasi kejadian sebelum menyedari kedua-dua mangsa bergelut di laut.

”Anggota baywatch bertindak pantas terjun ke laut dan berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa. Mereka kemudian diberikan rawatan awal sebelum keadaan dilaporkan stabil,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas penyelamat berjaya mengelakkan insiden yang boleh meragut nyawa.

Pantai Bayu Senja di Batu Ferringhi di sini antara kawasan tumpuan orang ramai pada hujung minggu dan pihak berkuasa menasihati pengunjung supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti air. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI