fbpx
Sheila mendedahkan selalu berulang-alik Jakarta dan Pulau Pinang demi suami yang kini menghidap kanser.

Ulang-alik Pulau Pinang-Jakarta, suami hidap kanser jalani kemoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Indonesia, Sheila Dara mengakui terpaksa berulang-alik dari Jakarta ke Pulau Pinang demi menemani suaminya, Vidi Aldiano yang menjalani rawatan sakit kanser.

Menurut Sheila atau nama lengkapnya Sheila Dara Aisha, 33, dia tidak pernah lelah dan sentiasa mahu sentiasa di sisi suami biarpun terpaksa berulang-alik dari Jakarta.

“Suami saya menjalani rawatan di Pulau Pinang sejak beberapa bulan lalu. Sebulan sekali kami akan ke sana untuk menjalani rawatan kemoterapi. Alhamdulillah keadaan dia baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui pada sesi Meet & Greet bersama pelakon filem Sore.

Bagaimanapun, Sheila mengambil pendekatan untuk tidak mahu berkongsi butiran lanjut tentang penyakit yang dihidapi suaminya.

Menurutnya, setiap kali ke negeri yang terkenal sebagai syurga makanan itu dia pasti tidak akan ketinggalan untuk menikmati makanan di sana.

“Saya suka pan mee di sana. Rasanya enak sekali. Begitu juga nasi kandar,” kongsinya.

Sebelum ini media seberang melaporkan Vidi menghidap barah buah pinggang tahap tiga sejak 2019. Pada 2021 dia pernah menjalani pembedahan membuat sebelah buah pinggangnya.

Sementara itu, Sheila turut berkongsi rasa teruja kerana kehadirannya di Kuala Lumpur kali ini untuk mempromosikan filem lakonannya berjudul Sore.

“Saya harap filem ini akan disukai oleh penonton-penonton di Malaysia. Daripada tayangan istimewa yang dilakukan semalam, ramai yang memberikan komen positif.

Filem Sore yang turut dibintangi oleh Dion Wiyoko itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI