fbpx
Chong Seng (kiri) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Butterworth hari ini.SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

Tak mengaku perdaya pelanggan konon jadi mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pelanggannya, pada 17 September lalu.

Le Chong Seng, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu dituduh dengan curangnya memperdaya pelanggannya, Teh Hock Kheng, 41, dengan mendakwa dia disamun sedangkan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan laporan polis yang dibuatnya adalah rekaan semata-mata.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Kampung Gajah, kira-kira pukul 3.27 petang pada 17 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli yang kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM6,000.

Bagaimanapun, peguam, C. Hari Prassaad Rao memohon jaminan minimum dikenakan susulan anak guamnya perlu menyara keluarga selain turut menghidap penyakit kencing manis kronik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 serta menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI