fbpx
Amir Hamzah ketika taklimat media mengenai Budi Madani RON95 di Menara KWSP Kwasa Damansara di Shah Alam, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Semak kelayakan Budi95 mulai Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rakyat boleh menyemak kelayakan Budi Madani RON95 (Budi95) di laman web www.budimadani.gov.my bermula Khamis ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bagi pengisian pula perlulah mengikut kategori seperti yang telah ditetapkan.

“Anggota polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter pada bermula 27 September, penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bermula 28 September dan warganegera Malaysia mempunyai lesen yang sah bermula 30 September,” katanya ketika sesi taklimat media penyasaran subsidi RON95 di sini, hari ini.

Menurut Amir Hamzah, bagi pengisian di pam minyak pula, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam ‘reader’ untuk mengesahkan kelayakan.

Jelasnya, bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai, kad kredit atau debit serta melalui e-dompet dan aplikasi sebelum memulakan pengisian.

“Selepas selesai mengisi, akan keluar resit yang menunjukkan nilai transaksi pada harga pam, nilai subsidi ditanggung kerajaan dan jumlah dibayar pengguna pada harga RM1.99,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN