fbpx
Gambar hiasan Polis Republik Indonesia. - Tribunnews

Polis dicekup khalwat dengan guru tadika digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Ketua Polis Daerah Brangsong, wilayah Jawa Tengah digantung tugas dan ditahan di kemudahan khas ekoran kes tangkap khalwat membabitkan dirinya dengan seorang janda baru-baru ini, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Asisten Komisioner Nundarto ditahan di pusat tahanan Polis Daerah (Polda) Jawa Tengah.

Persiapan juga sedang dijalankan untuk sesi perbicaraan kod etika terhadap beliau.

“Ya, betul. Ketua Polis Daerah Brangsong telah dipindahkan ke Bahagian Propam Polda Jawa Tengah tengah hari ini. Beliau ditempatkan di kemudahan tahanan khusus,” kata Ketua Perhubungan Awam Polda Jawa Tengah, Senior Komisioner Artanto.

“Perbicaraan akan diadakan secepat mungkin. Kesalahan beliau adalah seperti yang dilaporkan berita (hubungan dengan janda),” jelas Artanto.

Nundarto ditangkap bersama seorang wanita dikenali sebagai Y pada 19 September lalu.

Serbuan dilakukan selepas penduduk berulang kali melihat beliau menyelinap masuk ke dalam rumah wanita yang bekerja sebagai guru tadika itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN