fbpx
Daiyan menegaskan kewayangannya sudah cukup kukuh dan tidak perlu bergantung dengan mana-mana lelaki untuk hidup mewah.

‘Poket saya sudah tebal, tidak perlu cari lelaki berharta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menegaskan dirinya tidak pernah meletakkan syarat ‘poket tebal’ sebagai kayu ukur dalam memilih pasangan.

Ujar Daiyan atau nama penuhnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 32, dia lebih selesa berdiri dengan kewangan sendiri dan tidak bergantung pada sesiapa.

“Mahu lelaki poket tebal? Tak mengapa, poket saya sendiri pun dah tebal, tak perlu cari lelaki berharta. Saya seorang wanita yang kuat dan berdikari.

“Seperkara lagi, saya lebih mudah bila berkenalan secara depan-depan, bukan sekadar dalam talian.

“Kebanyakan orang yang saya rapat belum tentu berakhir dengan percintaan. Kalau ada vibe dan personaliti serasi, bolehlah berkawan dulu. Tapi kalau sekadar hantar mesej peribadi, itu terlalu minimum. Tak payahlah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas mengenai ciri lelaki idaman, pelantun lagu Penat itu berkata, dirinya tidak cerewet dari segi umur mahupun status namun apa yang lebih memikat hatinya adalah sifat kelakar.

“Okey sahaja, tua atau muda. Saya tak kisah.

“Tapi saya perlu akui bahawa saya sangat sukakan lelaki kelakar. Orang kelakar memang dekat dengan jiwa saya,” ujarnya.

Meskipun tidak menolak kehadiran cinta, pelakon Projek: High Council itu lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang sedang berkembang pesat.

“Ramai yang cuba dekati saya. Ada juga mesej dalam media sosial ajak keluar makan dan sebagainya. Tetapi saya lebih selesa berkawan dengan semua orang, terutama peminat.

“Cuma saya rasa tak perlu terlalu beria untuk cuba menawan hati saya sekarang kerana fokus utama saya tetap pada karier. Kalau bertepuk sebelah tangan, nanti jadi tak seronok,” tuturnya.

Terdahulu, Daiyan menafikan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri keempat kepada golongan kenamaan seperti didakwa dalam sebuah ruangan pojok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN