fbpx
JENTERA MotoGP musim depan menyaksikan penurunan kuasa enjin dengan alasan keselamatan dan menjadikan saingan lebih kompetitif. - AFP

Peraturan baharu MotoGP bebankan pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MISANO, Itali – Pasukan Aprilia menyuarakan kebimbangan serius terhadap peraturan enjin baharu MotoGP bagi musim 2027 dan menyifatkannya langkah besar MotoGP dianggap sebagai satu tindakan ‘bunuh diri’ kerana bakal menelan perbelanjaan yang cukup tinggi.

Jurutera kanan Aprilia, Marco De Luca yang percaya matlamat MotoGP untuk mewujudkan perlumbaan yang lebih selamat dan meningkatkan keselamatan dengan memperlahankan jentera boleh dicapai dengan cara yang jauh lebih mudah serta tidak membebankan.

Bermula musim 2027, Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu akan melalui revolusi teknikal terbesar sejak 2012 apabila beralih daripada enjin 1000cc yang kepada enjin berkuasa 850cc.

Walaupun matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan kelajuan jentera demi keselamatan dan merapatkan jurang saingan, De Luca menegaskan bahawa peralihan kepada enjin baharu ini akan menelan belanja yang sangat besar.

“Pada pendapat saya, dari segi kos, pembangunan enjin ini adalah proses ‘bunuh diri’. Kita boleh mencapai hasil yang sama dengan cara yang lebih mudah,” katanya.

Beliau menjelaskan, enjin baharu yang lebih kecil dan ringan bukan sekadar komponen yang boleh dipasang terus pada casis sedia ada. Sebaliknya, ia memerlukan pembangunan sebuah jentera yang baharu sepenuhnya dari peringkat awal.

“Tapi jika tanya saya adakah ia akan jadi lebih murah, pada awalnya tidak. Ini akan jadi motosikal yang baharu sepenuhnya. Anda perlu reka semula segalanya kerana enjin yang lebih kecil dan ringan akan diletakkan pada kedudukan berbeza.

“Sistem ekzos akan berbeza. Sistem penyejukan dan salur udara juga akan berubah sepenuhnya. Kami sedang membina jentera dari mula, sama seperti pengeluar lain. Dari sudut ekonomi, ini adalah satu cabaran yang sangat besar bagi kami,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI