fbpx
Gambar tular memaparkan tindakan pegawai menghisap rokok di dalam kenderaan awam.

Pegawai tular merokok dalam kenderaan rasmi diberi surat tunjuk sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pegawai yang tular merokok di dalam kenderaan rasmi milik jabatan kerajaan negeri Selangor dikenakan tindakan surat tunjuk sebab (STS).

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memaklumkan, pentadbiran memandang serius isu penularan gambar melibatkan penjawat awam itu.

“Tindakan awal telah diambil apabila ketua jabatan berkaitan mengeluarkan STS kepada pegawai terlibat bagi mendapatkan penjelasan bertulis mengenai tingkah laku yang tular berkenaan,” katanya hari ini.

Tegasnya, penjawat awam wajib menjaga imej perkhidmatan awam termasuk etika penggunaan aset rasmi kerajaan negeri selaras tanggungjawab awam yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI