KUALA LUMPUR – Mayat seorang individu ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan berdekatan Diamond Square, Setapak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan laporan berhubung penemuan mayat terbabit.
“Identiti masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mayat telah dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE