fbpx
ABDUL turut menjadi mangsa pergaduhan dengan anggota Brimob. - Tribun Ambon

Lagi kes penduduk dibelasah Brimob, markas polis kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-ratus penduduk menyerbu Markas Kor Briged Bergerak (Brimob) Kota Bula, wilayah Maluku semalam bagi mendesak agar tindakan segera diambil terhadap beberapa anggota yang terlibat dalam kes pergaduhan, lapor laman berita Tribunnews.

Menurut penduduk, satu pergaduhan tercetus antara sekumpulan anggota Brimob di sebuah majlis perkahwinan pada malam Ahad lalu.

Salah seorang mangsa, Abdul Haji Rumaday berkata, pergaduhan tercetus selepas salah seorang anggota Brimob berang kerana tangannya berlanggar dengan tangan seorang tetamu.

Tambah Abdul, dia cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun beberapa rakan anggota berkenaan datang ke rumahnya kerana tidak berpuas hati.

“Beberapa anggota Brimob pada awalnya datang ke majlis perkahwinan dengan memakai pakaian biasa, namun mereka dalam keadaan mabuk.

“Selepas pulang ke rumah, mereka datang ke rumah saya dan mula memukul saya termasuk isteri turut dihempuk dengan topi keledar.

“Salah seorang daripada mereka memgacukan pistol ketika ada penduduk yang mahu membantu,” kata Abdul.

Seramai enam ahli keluarga Abdul menjadi mangsa dalam kejadian itu  termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Sementara itu, Timbalan Komander 3 Batalion B Pelopor Satbrimob Polis Maluku, Inspektor Pertama Fadli Hasan berkata,  17 anggota telah ditahan untuk disoal siasat.

Beliau turut memohon maaf kepada penduduk atas insiden serangan itu.

“Kami amat kesal dengan perkara ini. Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa,” katanya. 

Brimob adalah unit elit Polis Republik Indonesia yang ditugaskan untuk mengendalikan situasi berisiko tinggi seperti keganasan, rusuhan dan jenayah bersenjata.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN