fbpx
SULTAN Nazrin (dua dari kiri) melawat dan melihat ruang pameran hasil kerja tangan murid SK Seri Serdang, Sitiawan, hari ini.

KPM kini giat melaksanakan reformasi pendidikan – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kementerian Pendidikan sedang giat menggerakkan usaha mereformasi pendidikan yang meliputi dasar, pelan kurikulum serta agenda-agenda termasuklah pengintegrasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) alaf baharu.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata usaha itu dilaksanakan di seluruh Perak menerusi Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kementerian Pendidikan senantiasa komited memastikan setiap dasar dan pelaksanaan pendidikan memberi tumpuan kepada aspek kemenjadian murid,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, dekat sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyempurnakan majlis perasmian sekolah tersebut.

Fadhlina berkata, matlamat Kementerian Pendidikan bukan sekadar melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum semata-mata.

Sebaliknya, katanya, pihaknya turut mahu membentuk murid yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri kukuh, madani dan mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan serta daya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI