fbpx
Anggota polis membawa Nazelimi untuk didakwa atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

Buruh didakwa ‘noda’ remaja lelaki di inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Machang dekat sini pada Jun lalu.

Tertuduh, Nazelimi Che Ibrahim, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah meliwat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun empat bulan di sebuah inap desa di Labok, Machang dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang pada Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN