fbpx
Beruang matahari yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Binjai, Dungun hari ini.

Beruang matahari sesat masuk kampung ditangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kebimbangan kira-kira 200 penduduk Kampung Binjai dan Kampung Che Lijah, di sini, tentang ancaman seekor beruang matahari sejak sebulan lalu berakhir setelah haiwan liar tersebut berjaya ditangkap hari ini.

Beruang matahari jantan dianggarkan seberat 75 kilogram berkenaan memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Salah seorang penduduk, Ahmad Naim Zakaria, 40, berkata, haiwan liar tersebut telah merosakkan banyak pokok buah-buahan penduduk sejak sebulan lalu.

“Beruang matahari sama turut mencuri telur ayam yang dipelihara menyebabkan kami bukan sahaja mengalami kerugian malah ketakutan. Kami tidak berani keluar rumah bersendirian terutama pada waktu malam,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Binjai di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihak memasang perangkap untuk menangkap beruang matahari tersebut pada 8 Ogos lalu.

“Pemeriksaan akan dilakukan untuk memastikan haiwan liar itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI