fbpx
Gambar hiasan

‘Benci laki aku, 5 tahun kahwin tapi subuh masih kena kejut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Serius aku benci dengan laki aku. Dah kahwin nak masuk lima tahun, tapi masih lagi nak kena kejut dia bangun subuh”.

Itu antara luahan seorang isteri yang kecewa dengan sikap suaminya.

Wanita itu turut mendedahkan, semua kerja rumah tidak dibantu dan suaminya itu hanya ‘berkepit’ dengan telefon bimbit sepanjang masa.

“Anak dah empat tahun dan yang baby dah 8 bulan tapi (suami) masih lagi nak kena suruh untuk siapkan barang dia orang pergi taska dan pengasuh, hari-hari ya.

“Balik kerja terus pengsan macam jadi buruh kasar, padahal kerja dekat pejabat duduk dalam pendingin hawa. Untuk pengetahuan, aku kerja sama macam dia, balik kerja nak masak lagi nak mengemas.

“Dia? Main fon. Main fon sampai tengah malam lepas tu esok cakap tak cukup tidur,” katanya yang menggunakan profil @delulu552025 di media sosial.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang mencadangkan supaya dia menuntut cerai daripada lelaki itu.

“Minta cerai je kak, senang. Berat tu kerja kena kejut laki bangun tidur. Ada cerai ‘fast track’ sekarang tau, lagi cepat,” cadang @far001121.

“Mengamuk sikit, bentak sikit. Dah mengamuk lepas tu kau senyap pulak kak,” ujar @thenashalee.

“Cakap banyak tak guna kak. Tindakannya mana,” soal pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN