fbpx
Orang ramai hadir ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penukaran MyKad pagi ini.

85 permohonan MyKad direkod dalam 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 permohonan penukaran MyKad direkodkan di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan di sini, pagi ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai mula hadir seawal pukul 8 pagi bagi mendapatkan perkhidmatan penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma.

Walaupun jumlah kehadiran tinggi, keadaan di kaunter masih terkawal dengan proses dilaksanakan mengikut giliran pelanggan.

Difahamkan, majoriti individu yang hadir membuat penukaran kad pengenalan diri berikutan cip rosak dan tidak dapat digunakan untuk urusan rasmi.

Semalam, KDN mengumumkan penukaran cip MyKad rosak secara percuma mulai hari ini hingga 7 Oktober 2025 di semua kaunter JPN.

Langkah ini memastikan rakyat dapat menikmati subsidi Budi95 tanpa gangguan akibat masalah teknikal pada MyKad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN