fbpx
Gambar hiasan

Kuala Lumpur, Selangor dan Perak hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga malam ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Sarawak.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang, Perak dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin di Pahang.

Selain itu, di Selangor adalah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang manakala seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya terlibat dalam cuaca buruk itu,” ujarnya.

Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Johor di Batu Pahat dan Kulai manakala, di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN