PETALING JAYA – Seekor ular sawa yang tiba-tiba melintas jalan raya menyebabkan seorang pemandu kereta panik sehingga menyebabkan kemalangan berlaku membabitkan dua buah kereta.
Menerusi hantaran oleh @dikotakmancis di TikTok, pemandu kereta di hadapan membrek secara mengejut selepas ternampak kelibat ular melintas, sebelum dirempuh oleh kenderaan belakang.
Hantaran video itu menarik perhatian pengguna media sosial dengan pelbagai komen dan reaksi.
“Kalau dah situasi tidak mengizinkan, redah saja. Ni kan sudah jadi lain cerita, ular dah berseronok dalam hutan tu,” komen @prebet__sapu.
“Dah buat report ke ular melintas tak tengok kiri kanan? Boleh claim atas insurans ular kalau macam ni,” kata Amirul.
“Nak berhenti tak salah cuma kena pandai-pandai tengok kelajuan kereta belakang, kalau tak sesuai jangan berhenti,” komen Afiq. – KOSMO! ONLINE
@dikotakmancis ak bru layan feeling lagu ular..hehehe. #fyp ♬ ular la ular ular…erm… – ADIE LOADER KTN