fbpx
Tangkap layar video pergaduhan dua lelaki di persimpangan lampu isyarat.

[VIDEO] ‘Suka-suka naik tangan, ingat orang itu batang pisang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki bergaduh di tengah jalan mengundang kecaman ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kejadian berkenaan berlaku ketika seorang penunggang motosikal berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Tidak lama kemudian, seorang lagi penunggang motosikal dilihat memberhentikan kenderaannya di sebelah lelaki tersebut.

Secara tiba-tiba, berlaku insiden tumbuk-menumbuk apabila salah seorang daripadanya menolak kepala penunggang berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati.

Pertengkaran mereka mengakibatkan aliran trafik terhenti seketika apabila pemandu lain terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mengelak.

“Benda boleh gaduh, buat apa bincang,” tulis kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu yang mencetuskan pergaduhan tersebut.

“Lelaki yang sampai kemudian tu kenapa nak hempuk kepala orang? Berasa motor besar badan besar kemas dah,” kata Rahim.

“Suka-suka dia saja naik tangan, apa ingat orang itu batang pisang ke apa,” kata Saufi.

“Bila tunjuk kuat, kemudia minta simpati. Mental orang sekarang tak kuat, tak banyak sabar,” kata Khaliq.

“Dah berdarah hidung baru ada akal nak berhenti, ingat orang badan kecik takut dengan dia,” kata Syapri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI