fbpx
Anthony Loke memuat naik gambar anggota JPJ menahan 'ulat' di KLIA.

‘Ulat’ tipu pelancong asing RM800 berjaya ditahan – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan dan menahan seorang pemandu kereta sewa haram atau ‘ulat’ yang dipercayai menipu pelancong asing dengan mengenakan tambang sebanyak RM800.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan JPJ itu susulan maklumat tular di media sosial beberapa hari lalu berkenaan pelancong asing ditipu ‘ulat’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

“Selepas tular dalam media sosial dua hari lalu berkenaan berita seorang pelancong asing yang ditipu oleh ‘ulat’ di KLIA T2 dengan tawaran asal RM60, tetapi dipaksa bayar RM800 sebelum turun kereta.

“Saya telah mengarahkan JPJ untuk menjejaki kenderaan tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anthony Loke berkata, ‘ulat’ berkenaan berjaya ditahan hasil operasi samaran di KLIA oleh JPJ yang turut bertindak menyita kenderaan tersebut.

Menurut beliau, kereta tersebut disita serta-merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya.

“Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ. Kementerian Pengangkutan tidak akan berkompromi dengan ‘ulat-ulat’ yang merosakkan imej negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI