fbpx
Mohd. Shafie

Shafie Apdal kena surat tunjuk sebab kes Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner mengeluarkan surat tunjuk kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ekoran menghina mahkamah atas kenyataan dibuat berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu pada ucapan dalam satu majlis di Sandakan antara lain menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis tersebut selepas kesemua pihak yang terlibat termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Permohonan terbabit dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh pada prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.

Ram adalah salah seorang peguam mewakili Pelajar A yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata mencela Zara Qairina.

Peguam Azhier Farhan Arisin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI