fbpx
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-43 hari ini.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan rahmat dalam rumah tangga kami – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinan Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah ke-43 hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, Seri Paduka Baginda dan Raja Zarith Sofiah telah menempuh pelbagai suka dan duka bersama sepanjang tempoh tersebut.

“Alhamdulillah, sepanjang 43 tahun ini kami menempuh pelbagai suka dan duka bersama.

“Semoga Allah S.W.T terus mengurniakan rahmat serta keberkatan dalam rumah tangga kami,” titah Seri Paduka Baginda menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut memanjatkan doa semoga Allah S.W.T mengurniakan kebahagian yang berpanjangan buat kedua-dua mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI