HULU TERENGGANU – Gagal menyiapkan produk seperti diharapkan sehingga sering menangis di tepi mesin jahit, tidak mematahkan semangat seorang suri rumah untuk berjaya apabila dia kini meraih pendapatan RM3,000 hasil menjual set tilam bayi. Noora Azita Yaakub, 34, berkata, dia berkecimpung dengan dunia usahawan sejak empat tahun lalu apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus operasi syarikat di Serdang, Selangor bagi menjaga anak menghidap penyakit melibatkan sel darah putih. Katanya, ketika itulah dia mula terfikir untuk membantu suami menambah pendapatan dengan……