fbpx
King Sing.

Penguasaan bahasa asing perlu diberi keutamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menekankan keperluan pemandu pelancong di negara ini menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa asing bagi memastikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelancong luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu penting kerana masih terdapat rungutan yang diterima daripada pelancong yang kurang berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, sama ada terlalu ringkas atau sukar difahami kerana keterbatasan bahasa.

“Sepatutnya mereka (pemandu pelancong) dapat memberi penerangan lebih mendalam mengenai destinasi lawatan khususnya lokasi bersejarah di negara ini, bukannya sekadar ‘touch and go’ dan cukup syarat sahaja.

“Ada juga yang sukar memahami bahasa Inggeris yang digunakan oleh pemandu pelancong kita, maka penguasaan bahasa asing lain dilihat perlu untuk meningkatkan kepuasan pelancong,” katanya ketika diteumi pada Program Libat Urus MOTAC bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Menurutnya, pemilihan bahasa bergantung kepada minat individu, namun kementerian akan menaja sepenuhnya kos pembelajaran tersebut menerusi kerjasama dengan agensi pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN