fbpx
Keadaan mangsa selepas merempuh sebuah lori di Jalan Kampung Jembal, Bachok semalam. Foto IHSAN PENDUDUK

Pelajar kolej maut motosikal rempuh lori melintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang pelajar Kolej Vokasional Pengkalan Chepa maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah lori yang sedang mengundur sehingga melintang dan menutup laluan di Jalan Kampung Jembal di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.07 malam itu, mangsa, Norkhairi Amirul Sabri, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, siasatan mendapati, mangsa yang baru tamat latihan praktikal di sebuah syarikat kejuruteraan di Terengganu pada minggu lalu menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Tawang ke Kota Jembal di sini.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan sebelum menutup laluan utama.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian sisi kiri lori tersebut.

“Mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk proses bedah siasat,” katanya.

Mohd. Azrie memberitahu, siasatan lanjut mendapati, nahas berlaku apabila pemandu lori terbabit mengundurkan kenderaan tersebut sebelum memasuki laluan bertentangan untuk memasuki ruang parkir hadapan rumahnya.

Menurutnya, pemandu lori yang berusia 41 tahun itu ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut negatif dadah selain tiada rekod lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI