TUMPAT – Imej negatif yang sering dikaitan dengan kawasan sempadan di Sungai Golok bakal terhakis selepas 153 daripada 212 jeti atau pangkalan haram di situ mula dirobohkan Oktober ini sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan yang berakar umbi sejak lebih 50 tahun lalu. Melalui kawalan yang ketat, perobohan pangkalan di sepanjang 106 kilometer bermula dari Pengkalan Kubor di sini hingga Rantau Panjang, Pasir Mas itu sudah tentu merubah lanskap kawasan tersebut yang sebelum ini meriah dengan aktiviti rentas sempadan secara haram.……