fbpx
Eira menafikan dakwaan yang bertebaran kononnya anak tersayang terlibat dengan kegiatan buli di sekolah. - ISKANDAR ISHAK

‘Memang tak percaya, bukan anak saya yang membuli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Anak dituduh sebagai pembuli, penyanyi dan pelakon Eira Syazira menafikan dakwaan yang bertebaran selain menganggap perkara tersebut hanya andaian rambang.

Eira atau nama sebenar Syazira Shuhaimi berkata, dia dan suami Azad Jasmin, enggan mempedulikan dakwaan yang tiada kaitan dengan anak sulung mereka, Ammara Sofea Rose, 13.

“Saya dapat tahu fasal hal itu (buli) daripada artikel yang dihantar kepada saya menyebut isu berkenaan anak seorang penyampai radio. Memang nama Pak Azad ‘naik’, sekali dengan saya.

“Saya dan suami abaikan sahaja kerana tahu itu bukan anak kami, saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh berbuat apa-apa.

“Sebenarnya, okey sahaja bila mereka cakap begitu. Tak balas pun sebab itu bukan Ammara. Jadi tak layanlah. Saya abaikan,” katanya selepas pelancaran single duet Bawang Merah, Bawang Putih bersama penyanyi Indonesia, Nabila Maharani, di sini, hari ini.

Pada masa sama, ibu kepada tiga anak itu turut memaklumkan sudah bertanyakan hal berkenaan kepada puteri sulungnya bagi mendapatkan pencerahan.

Daripada maklum balas Ammara, dakwaannya mengejek warna kulit pelajar terbabit sebagai tidak masuk akal memandangkan Ammara sendiri mempunyai tona kulit serupa.

“Dalam gosip tersebut mengatakan pembuli mengejek warna kulit mangsa sedangkan anak saya kata dia pun gelap. Anak kata kenapa dia nak ejek orang itu.

“Saya juga ada tanya kepada anak saya, sama ada dia tahu orang bercakap mengenainya apatah lagi dakwaan tersebut menyatakan Ammara juga mahu mengasari pelajar itu. Saya tak percaya,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang wanita meluahkan kekecewaan selepas anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah yang didakwa dilakukan anak seorang penyampai radio.

Menurut individu berkenaan, insiden itu berlaku sejak Julai tahun lalu malah semakin serius sehingga menjejaskan kesihatan mental serta emosi anaknya.

Individu sama turut terkilan apabila pelaku hanya diberi amaran sementelah orang tuanya memohon maaf hanya melalui pihak sekolah tanpa bersemuka dengannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI