fbpx
Netizen meneka Ameera (kanan) menghadiri kursus kahwin untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat dengan kekasih, Jefri Nichol.

Manis berhijab di samping Jefri, Ameera pergi kursus kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia berkongsi foto berhijab di samping kekasihnya, Jefri Nichol.

Gara-gara foto tersebut, ramai netizen yang meneka adik kepada Neelofa itu menghadiri kursus kahwin untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat.

“Pergi kurus kahwin ke?”, soal netizen di bahagian komen.

Netizen turut memuji penampilan Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, yang kelihatan sopan dan manis memakai hijab.

“Aura calon pengantin sangat kuat. Kan manis dan sopan berhijab. Semoga jodoh berkekalan dan dipermudahkan segala urusan,” komen netizen.

Hubungan cinta Ameera dan Jefri yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia mula hangat diperkatakan sejak awal tahun ini.

Mereka juga secara terbuka menghadiri beberapa majlis di Kuala Lumpur dan Jakarta bersama. Malah, Jefri kelihatan begitu akrab dengan keluarga Ameera terutamanya ibu dan bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI