fbpx
TONGGAK Kl City, Safawi Rasid (kiri) cemerlang menyumbangkan dua gol untuk belasah DPMM FC 4-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi. - KL CITY

Liga Super: Giliran KL City belasah DPMM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City kembali ke tangga kedua Liga Super selepas membelasah kelab Brunei, DPMM FC 4-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Kesilapan yang berlaku hingga terhasilnya jaringan sendiri di pertengahan separuh masa pertama nyata beri kesan besar kepada persembahan tuan rumah malah Safawi Rasid juga turut menyerlah dengan sumbangan dua gol.

Ini adalah kali ketiga berturut-turut DPMM FC mengalami kekalahan besar selepas tunduk 0-5 kepada Terengganu FC dan dibelasah 1-7 oleh Kuching City di pentas Piala FA.

Aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan namun aspek kualiti serangan dilihat lebih berpihak kepada KL City yang tampil lebih bahaya setiap kali mencipta peluang.

Ketika KL City buntu mencari gol, minit ke-25 menyaksikan DPMM FC dihimpit detik malang apabila menghadiahkan jaringan pertama buat pelawat selepas hantaran ke belakang pertahanannya, Pengiran Yura Indera Putera Pengiran Yunos gagal ditahan dengan lebih baik oleh penjaga gol, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring.

Hanya 11 minit selepas aksi bersambung, The City Boys memperoleh gol kedua menerusi Victor Ruiz Abril sebelum Safawi melengkapkan jaringan ketiga pada minit ke-64.

Minit ke-83, sisa perjuangan DPMM FC seakan menemui titik noktah apabila Safawi sekali lagi menggegar dengan menambah gol kedua peribadi untuk melengkapkan jaringan keempat KL City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN