fbpx
KUARTET AS membuktikan kemampuan selepas menjuarai acara 4x100m di Kejohanan Dunia malam tadi. - AFP

Kuartet 4x100m AS pertahan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Noah Lyles membuktikan reputasinya sebagai bintang paling menyerlah dalam dunia olahraga apabila mengetuai kuartet Amerika Syarikat (AS) mempertahankan kejuaraan 4×100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Tokyo 2025, malam tadi.

Kuartet AS yang dibarisi Christian Coleman, Kenny Bednarek, Courtney Lindsey dan Lyles mencatat masa 37.29 saat (s) untuk mengatasi cabaran dari Kanada meraih perak (37.55s), manakala Belanda membawa pulang gangsa selepas merekodkan 37.81s.

Kemenangan itu menjadikan jumlah pingat Lyles yang dikumpul dalam kejohanan ini kepada tiga, selepas meraih pingat gangsa 100m, emas 200m dan satu lagi emas menerusi acara 4x100m.

Biarpun terganggu dengan kecederaan, Lyles tetap menjadi pelari penentu utama dalam kuartet AS yang mencatat masa 37.29 saat (s) untuk mencetak rekod terpantas dunia musim ini dan kelima terpantas dalam sejarah acara itu biarpun terpaksa belari dalam hujan lebat Jepun.

“Kami semua tahu kami yang terpantas. Apa yang penting hanyalah menghantar baton dari mula ke penamat. Bila Christian (Coleman) serahkan baton, saya tahu ini bahawa perlumbaan ini sudah selesai.

“Saya nampak kelebihan yang kita ada dan ia satu kelegaan kerana semua orang lakukan tugas dengan cemerlang. Saya hanya perlu tamatkan perlumbaan. Mereka buat semuanya jadi mudah untuk saya. Saya tak boleh minta aksi yang lebih baik daripada ini,” kata Lyles

Kejayaan ini turut menjadikan jumlah gelaran dunia Lyles kini lapan, hanya ketinggalan tiga di belakang legenda Jamaica, Usain Bolt. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI