PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar di Perak, manakala Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
“Selain itu, kawasan lain yang terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin di Pahang dan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat (Selangor),” ujarnya.
Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Kuala Lumpur dan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
Sementara itu, di Sarawak melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas), manakala Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di Sabah. – KOSMO! ONLINE