PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan harga RON95 diturunkan pada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah penurunan itu dibuat menerusi penyasaran subsidi RON95 yang dijangka memanfaatkan lebih 16 juta rakyat.
“Bagi rakyat yang mempunyai Lesen
Memandu Kompeten (CDL) yang aktif, harga RON95 yang ditawarkan ialah RM1.99 seliter, manakala untuk bukan warganegara harganya ialah RM2.60 seliter,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE