fbpx
Amir (tengah) meninjau projek menaik taraf jeti nelayan sempena Sesi Libat Urus Kampung Angkat Madani di Jeti Nelayan Pulau Betong, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Harga petrol RM1.99 seliter antara terendah dunia – Amir Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Harga petrol di Malaysia yang ditetapkan pada RM1.99 seliter selepas subsidi kekal antara yang terendah di dunia dan rantau ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kedudukan harga tersebut membuktikan kerajaan terus mengekalkan keutamaan dalam menjaga kepentingan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada bahan api untuk urusan harian.

“Jika kita lihat, harga petrol bersubsidi ini pada RM1.99 tetap menempatkan Malaysia dalam kelompok negara yang menawarkan bahan api paling murah di dunia.

“Malah apabila harga pasaran diapungkan, kita masih lagi kekal antara negara dengan harga terendah di rantau ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi libat urus Kampung Angkat Madani di Pulau Betong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, harga RON95 bersubsidi tidak boleh diturunkan lebih rendah daripada RM1.99 seliter sekiranya harga minyak dunia turun memandangkan harga itu kekal sebagai harga subsidi.

“Harga RM1.99 ialah harga bersubsidi. Ia tidak akan diturunkan lagi walaupun harga minyak dunia jatuh. Yang berubah hanyalah harga pasaran semasa, bukan harga bersubsidi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI