fbpx
GREALISH turut berdepan layangan kad selepas cuba mempertikai prestasi pengadil selepas perlawanan berakhir. - AFP

EPL: Moyes selar pengadil ‘tatang’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Everton, David Moyes mengakui kurang senang dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan, Darren England yang ditugaskan mengadili perlawanan melibatkan aksi derbi Merseyside menentang Liverpool kelmarin.

Selain kecewa dengan kekalahan 1-2, Moyes nyata tidak mampu untuk berselindung daripada meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan keputusan England termasuk dalam aspek masa kecederaan yang dilanjutkan.

Malah, pemain baharu Everton, Jack Grealish yang secara terang-terangan melakukan protes terhadap kualiti pengadilan pada akhir perlawanan menyebabkan dia dikenakan layangan kad.

“Mereka cuba memperlahankan perlawanan dan saya juga tidak pernah lihat sepanjang hidup saya ada layangan kad kerana tindakan mengambil sepakan percuma dengan cepat. Saya tidak tahu dari mana datangnya peraturan itu.

“Begitu juga dengan masa tambahan. Dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, saya tidak lihat ada perlawanan hanya ditambah satu hingga tiga minit,” kata Grealish.

Kedua-dua gol The Reds dihasilkan oleh Ryan Gravenberch dan Hugo Ekitike, manakala Idrissa Gueye meledak gol saguhati Everton.

Jaringan Gueye berjaya menambah kualiti permainan Everton yang dilihat terus memberikan tekanan kepada benteng pertahanan Liverpool di babak kedua, namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan kedua-dua pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI