fbpx
SEORANG lelaki berdiri di tepi pantai ketika hujan lebat akibat Taufan Super Ragasa di bandar Aparri, wilayah Cagayan hari ini. – AFP

China siap sedia pindah 400,000 penduduk kerana Super Ragasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Bandar raya Shenzhen di China bersiap sedia memindahkan 400,000 orang, manakala penduduk di utara Filipina mencari perlindungan daripada angin kencang ketika Taufan Super Ragasa menuju ke selatan China hari ini.

Taufan itu tiba di daratan di Pulau Calayan, Filipina, pukul 3 petang waktu tempatan, demikian menurut perkhidmatan cuaca Filipina.

Setakat pukul 2 petang, angin kencang  selaju  215 kilometer sejam dilaporkan di pusat ribut dengan angin taufan boleh mencapai kelajuan 295 kilometer sejam.

“Saya terbangun kerana bunyi kuat  angin kencang. Ia melanda tingkap dan kedengaran seperti mesin yang dihidupkan,” kata penduduk Aparri yang merupakan sebuah bandar di wilayah Cagayan, Tirso Tugagao

Ketua pengurusan bencana Cagayan, Rueli Rapsing memberitahu AFP bahawa  pasukannya bersedia untuk  menghadapi ‘situasi terburuk’.

Lebih 10,000 orang dipindah di seluruh  Filipina dengan sekolah dan pejabat kerajaan ditutup di wilayah Manila dan  29 wilayah lain hari ini.

Namun, operasi yang lebih besar akan berlangsung di Shenzhen di mana pihak berkuasa berkata lewat semalam bahawa  ratusan ribu penduduk di kawasan pantai dan rendah akan dipindahkan.

Beberapa bandar lain di wilayah Guangdong mengumumkan sekolah dan pejabat akan ditutup dan pengangkutan awam tidak beroperasi sementara waktu digantung kerana Ragasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI