fbpx
Tangkap layar PU Rahmat pada sesi siaran langsung malam ini.

Bukan tiga, tapi enam dron ekori pelayaran Sumud Flotilla – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat mendedahkan bukan tiga, tetapi enam dron telah dikesan mengekori perjalanan bot misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam pelayaran menuju Semenanjung Gaza semalam.

Menurutnya, berdasarkan penelitian awal, dron-dron terbabit dipercayai jenis yang digunakan pihak tentera, sekali gus menimbulkan kebimbangan keselamatan pasukan sukarelawan yang berada di atas bot berkenaan.

“Kita tidak menuduh mana-mana pihak, termasuk Israel. Namun, dron-dron ini adalah daripada jenis yang memang digunakan untuk kegunaan ketenteraan.

“Ini yang membuatkan kami sedikit risau,” katanya pada sesi siaran langsung malam ini.

Beliau antara 14 sukarelawan Malaysia turut memaklumkan, jika tiada sebarang masalah, termasuk isu teknikal pada bot, misi bantuan itu dijangka tiba di Semenanjung Gaza dalam tempoh enam hingga tujuh hari lagi.

Terdahulu, GSF dalam kenyataan di Instagram memaklumkan, terdapat tiga dron yang belum dikenal pasti dilaporkan berlegar di ruang udara dan mengekori rombongan bot membawa sukarelawan.

Menerusi maklumat dikongsikan, pengesanan dron terbabit berlaku pada 9.09 malam 21 September (GMT+2), bersamaan 3.09 pagi 22 September (waktu Malaysia).

Sementara itu, PU Rahmat turut mengulas isu bekalan air bersih dalam kalangan sukarelawan selepas mesin penyulingan air laut di atas kapal didapati rosak.

“Buat masa ini bekalan air masih terkawal. Namun, sekiranya parasnya membimbangkan, kami akan cuba menggunakan kaedah alternatif seperti teknik penyejatan cahaya matahari untuk menghasilkan air bersih.

“Walaupun mencabar, kami yakin keadaan ini boleh ditangani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN