fbpx
Gambar hiasan

Budi95: Polis, tentera nikmati manfaat subsidi lebih awal pada 27 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan untuk menawarkan pemberian subsidi RON95 menerusi inisiatif Budi95 kepada golongan polis dan tentera lebih awal pada 27 September berbanding tarikh ditetapkan kepada warganegara iaitu pada 30 September depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, polis dan tentera akan menikmati RON95 dengan kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter sebagai langkah percubaan.

“Maknanya pada 27 September, semua anggota polis dan tentera dengan lesen memandu sah boleh memulakan (inisiatif itu).

“Jadi, kita lihat sekitar 300,000 rakyat itu sebagai langkah percubaan supaya ia terkawal.

“Pada 28 September pula, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menikmati kadar RM1.99 seliter pula,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI