PUTRAJAYA – Tiada pendaftaran diperlukan untuk menikmati inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95), sebaliknya hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hampir serupa dengan proses transaksi semasa, hanya tambah satu langkah pengesahan MyKad, diikuti proses biasa untuk membayar. Disediakan pembaca MyKad di dalam kedai dan juga di pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.
“Untuk mereka yang celik digital, terdapat opsyen digital seperti Touch n’ Go dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, supaya tidak memerlukan MyKad setiap transaksi,” kata Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE