fbpx
Gambar hiasan

Budi95: MyKad selamat, tiada keperluan perkenal kad khas RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan kad khas bagi pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95) memandangkan penggunaan MyKad adalah kunci kepada kelayakan subsidi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan akan menggunakan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri yang utama.

“Kita percaya sistem sedia ada cukup selamat dan praktikal untuk dilaksanakan tanpa menambah beban rakyat.

“STR sebelum ini telah membuktikan keberkesanan penggunaan MyKad apabila bantuan berjaya disalurkan kepada lebih sembilan juta rakyat Malaysia.

“Kita mahu rakyat bangga memiliki MyKad kerana selain menjadi dokumen pengenalan diri, ia juga menjadi bukti bahawa hanya rakyat Malaysia layak menikmati subsidi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi libat urus Kampung Angkat Madani di Pulau Betong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sistem teknologi maklumat kerajaan turut mempunyai kawalan keselamatan tinggi bagi memastikan data rakyat sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI