fbpx
Aplikasi Touch 'n Go dan Setel. - Gambar hiasan

Budi95: Boleh guna Touch ‘n Go, Setel jika tidak guna MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi kelonggaran kepada penerima manfaat sistem subsidi bersasar petrol Budi Madani RON95 (Budi95) untuk menggunakan opsyen digital seperti aplikasi Touch ‘n Go dan Setel untuk membuat transaksi pembayaran tanpa perlu mempamerkan MyKad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, opsyen itu bagi memudahkan rakyat membuat transaksi, sekali gus mengelakkan kesesakan di stesen minyak.

“Jadi kalau yang perlu, semak cip MyKad sekarang. Kerana MyKad itu sudah lusuh, anak baling ke sana ke sini. Boleh semak supaya berfungsi dan semak lesen memandu yang sah.

“Jadi, seperti juga Sara (Sumbangan Asas Rahmah) tidak perlu lagi pendaftaran lain-lain. Bawa MyKad, ada lesen sah.

“Tetapi, pembaca MyKad itu disediakan juga di kedai, di pam minyak. Jadi tidak terhad pada satu tempat, itu untuk mengurangkan risiko kesesakan.

“Tapi kalau yang celik digital, ada opsyen lain lagi, TouchNGo boleh, Setel boleh, jadi dia tak perlukan MyKad untuk memudahkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI