fbpx
SEBAHAGIAN produk ubat tradisional dan kosmetik yang dirampas di pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

AKPS rampas ubat tradisional, kosmetik dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk sejumlah produk kosmetik dan ubat tradisional tidak berdaftar di sini semalam.

Timbalan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam (Pengurusan), Dr. Mohd Khairul Anuar Roselan berkata, dalam operasi kawalan rutin di pintu masuk negara, pasukan penguat kuasa AKPS menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui enam item disyaki kosmetik tidak bernotifikasi dan empat item disyaki produk ubat tradisional tidak berdaftar.

“Produk tersebut tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa yang sah seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan disyaki boleh menimbulkan risiko terhadap kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tindakan membawa masuk produk tidak berdaftar merupakan satu kesalahan serius kerana ia boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan orang awam.

“AKPS akan terus memperketatkan kawalan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan sempadan negara tidak menjadi laluan kepada aktiviti sebegini,” ujarnya.

Tambahnya, produk yang dirampas telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN