fbpx
Tengku Baharuddin (dua dari kanan) pada majlis penerimaan sijil Malaysia Book of Records baru-baru ini.

Acara tanam pokok Melaleuca Cajuputi anjuran Benua Hijau disenarai dalam Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Straits Energy Resources Berhad (Straits)  melalui anak syarikatnya,  Benua Hijau Sdn Bhd (Benua Hijau), telah
disenaraikan dalam Malaysia Book of Records untuk Acara Penanaman Pokok Melaleuca Cajuputi Terbesar dengan 12,275 anak pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) ditanam dalam satu hari.

Pencapaian ini merupakan satu tonggak penting dalam projek penghutanan semula berbilang tahun Benua Hijau untuk memulihkan kawasan hutan  di Taman Negeri Setiu Wetlands, salah satu tanah bencah semula jadi terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Benua Hijau menyasarkan untuk menanam 100,000
pokok Gelam dalam tempoh lima tahun, memulihkan 80 hektar tanah hutan terosot menggunakan spesies pokok Melaleuca asli.

Pengerusi Straits Energy, Dato Seri Tengku Baharuddin  Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkata, sejak pelancaran Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam pada Oktober 2024, lebih
7,800 pokok telah ditanam oleh para pelajar dan sukarelawan komuniti.

“Dengan penanaman 12,275 anak pokok , Benua Hijau berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya menanam 20,000 pokok Gelam setiap tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Minggu lalu, seramai hampir 500 sukarelawan dari komuniti tempatan, pelbagai institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan, telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok di kawasan tanah bencah terosot seluas lapan hektar. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN