fbpx
Abdul Rahman (kiri) didakwa mengedar dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Waris tuntut aset tertuduh kes dadah bernilai lebih RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menerima permohonan waris seorang usahawan kosmetik yang sedang berdepan pertuduhan mengedar dadah untuk menuntut aset dirampas pihak berkuasa sebelum ini.

Permohonan terhadap kesemua aset milik Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, termasuk kenderaan mewah, barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM900,00 itu didengar Hakim Nazlyza Mohd Nazri.

Antara aset terbabit ialah sebuah kenderaan pelbagai guna mewah, Toyota Alphard bernilai RM450,000,
kenderaan utiliti sukan, Range Rover (RM350,000) dan kereta mini Cooper Countryman (RM120,000).

Selain itu, waris Abdul Rahman turut menuntut wang tunai berjumlah RM7,700 serta barangan kemas bernilai lebih RM54,000 yang disita sebelum ini mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Kesemua aset berkenaan dirampas hasil operasi polis di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada 28 dan 29 April lalu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pelucuthakan harta tersebut pada 9 November depan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh sebutan izin mendakwa Abdul Rahman berhubung pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI