fbpx
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Kim Po yang ditemui mati lemas selepas hilang ketika melakukan kerja membersih bilah kipas bot di Jeti Nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kecil, Pontian hari ini.

Warga emas hilang ditemui mati lemas, mayat timbul sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Warga emas yang hilang ketika melakukan kerja pembersihan bilah kipas bot di Jeti Nelayan, Jalan Tambak–Pontian Kecil, di sini tengah hari tadi ditemui mati lemas.

Mangsa, Goh Kim Po, 65, ditemui pada pukul 3.25 petang kira-kira 10 meter dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pontian selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.02 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru (BPP) bersama BBP Kluang ke lokasi.

“Operasi pencarian segera dilancarkan dan bantuan PPDA Zon 3 turut digerakkan sebelum mangsa ditemui timbul sendiri pada pukul 3.25 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahadir berkata, mangsa dibawa naik oleh rakannya yang turut sama-sama membantu mencari dan menyelamat dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI