fbpx
TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan anggota bomba sedang mengeluarkan seorang wanita warga emas yang ditemukan lemas di kawasan perairan Berjaya Waterfront, Stulang Laut, Johor Bahru malam tadi.

Wanita warga emas lemas di Stulang Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita tempatan berusia 73 tahun ditemukan lemas di kawasan perairan berhampiran pusat beli-belah Berjaya Waterfront, Stulang Laut di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.10 malam dan seorang saksi melihat mangsa iaitu seorang wanita warga emas terjun ke dalam kawasan laut secara tiba-tiba.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Taman Pelangi bersama anggota bomba dari Balai Bomba Larkin telah digerakkan ke lokasi sebelum mayat mangsa dibawa naik ke darat pada pukul 9.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada mayat mangsa dan waris terdekat telah dimaklumkan berhubung kejadian, manakala kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI