Graduan jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 25, yang menghiasi ruangan Pesona Ahad minggu ini berhasrat mahu melebarkan bakatnya menjadi seorang pelakon. Gadis berasal dari Tuaran, Sabah ini juga berharap impian besar ke layar perak dan mewarnai industri seni dapat dicapai seiring hasrat besarnya untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD). Kepada Kosmo! Ahad, gadis yang mesra disapa Sharmaine ini berkongsi mengenai isu pendidikan dan keinginannya menjadi inspirasi kepada remaja lain. KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai……