fbpx
SEORANG lelaki maut selepas kenderaan Honda City dinaikinya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Jalan Felda Taib Andak berhampiran Taman Permata, Kulai malam tadi.

Penumpang putus kepala, pemandu cedera Honda City rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang penumpang kereta Honda City maut dalam keadaan ngeri terputus kepala manakala pemandunya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang diparkir di tepi jalan, di Jalan Felda Taib Andak berhampiran Taman Permata, dekat sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.36 malam.

Katanya, lapan anggota beserta dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kemalangan melibatkan kedua-dua kenderaan. Pemandu kereta iaitu Chan Wen Chong, 29, tersepit namun tidak mengalami kecederaan.

“Manakala penumpang kereta, Chee Wei Yuan, 23, dilaporkan telah maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah termasuk berada dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Firdaus, operasi menyelamat itu kemudian ditamatkan pada pukul 11.20 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI